26 Ogos 2010
Sudah seminggu setengah ku buat elective posting di HKL, telah ku singgah wad, klinik, OT, bilik plaster, green zone dan yellow zone di wad kecemasan serta tolong nurse buat wound debridement dan macam-macam lagi. Walaupun ada beberapa kekurangan, kekangan serta pernah ditegur doctor-doktor senior, tapi cabaran itu ku ambil sebagai learning experience.
Terlintas di hatiku untuk melawat ke wad kecemasan, nak melihat lebih banyak action seperti dalam drama-drama di tv. Kakiku bersemangat menuju ke emergency department, ku mulakan dengan melawat yellow zone. Bagi mengetahui jenis kes yang admitted di wad kecemasan, 2 kali loceng akan dibunyikan menandakan kes yellow zone di mana patient stabil tetapi memerlukan rawatan segera, manakala 3 kali bunyi loceng pula untuk kes red zone di mana patient tidak stabil dan sangat memerlukan rawatan segera.
Terkejut ku melihat seorang wanita yang besar terlantar lemah dengan beberapa kesan pendarahan, mujur sudah distabilkan.
The 23 year old female patient was admitted following an MVA (motor vehichle accident) at Dataran Merdeka. It was between MB (motorbike) vs (MVA) where she was the pillion rider, not wearing any helmet. She suffered multiple laceration wounds with BOV (blurring of vision), chest & pelvic spring, n m/s (midsheet). The patient was stabilized but unconscious. The driver (motorcyclist, his boyfriend) suffered multiple laceration wounds as well but was conscious, stable and able to communicate. The accident happened when a Kancil made a right turn without giving any signal, thus collided with the motorcycle beside it. The patients were unconscious for 5 minutes on the road before the ambulance arrived, but the plate number of the Kancil was unable to be retrieved.
MVA vs MB |
Bila terbaca n dengar tentang kes ni, panas je mataku membaca, telingaku mendengar. Kesalahan 1. Kancil tidak beri isyarat belok. 2. Pembonceng tidak memakai topi keledar. 3. Belum kahwin tapi da naik motor sama-sama, nak je kata balasan Allah…mujur bulan puasa, tahan je aku bersabar, kalau tak…
Kedengaran 3 kali loceng dibunyikan, ku melangkah pantas menuju red zone. Belum banyak kes lagi tiba, tapi health staffs dah banyak pusing-pusingmengejar menguruskan fail dan pesakit. Semua orang kelihatan sibuk, tak sempat nak bertegur dengan aku. Mata HO yang ada pun nampak letih.
Seorang pesakit digegaskan masuk melalui pintu kecemasan. Pesakit tersebut seorang warga tua, sedang mengalamai epilepsy/fits. Terdapat banyak jenis epilepsy seperti grand mal epilepsy, petit mal epilepsy dan partial seizures yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya cerebrovascular disease (15%), cerebral tumours (6%), alcohol-related seizures (6%) dan post-traumatic seizures (2%).
Kes ini merupakan STATUS EPILEPTICUS, which is a medical EMERGENCY. Kalau kita rasa macam biasa tengok kes-kes seizure seperti dalam drama-drama tv (House MD), looking at this case will only make us realize how severe a real life-threatening situation is, compared to what is commonly seen in TVs, for there were 10 staffs that had to assist in controlling the situation: 2 staffs for each limb, 1 preparing the drug and the other trying to insert the IV line.
Specialist bergegas berjumpa dengan anak pesakit yang menunjukkan medical history bapanya. The 61 year old patient had an underlying left frontoparietal lectin (location of the brain tumour) which had been causing his recurrent seizures. Anak lelaki tersebut walaupun kelihatan tenang, tetapi matanya menampakkan kerisauan dan terasa betapa lemahnya kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk membaiki masalah yang dihadapi bapanya.
Setelah hampir 5 minit, pesakit tersebut mula bertenang dan para staf melepaskan genggaman, meneruskan kerja-kerja lain. Ku bertanya dengan specialist, “Excuse me, doctor. How do treat this case? What drugs must we administer?”
“In this case, the patient suffered status epilepticus. First of all, we must secure the airway, then administer lorazepam IV or rectal diazepam if IV access is difficult. If the treatment is nonresponsive, give phenytoin IV 15mg/kg diluted to 10mg/ml in 0.9% NaCl. Understand?” panjang specialist tu terangkan.
*line of treatment di atas telah dirujuk semula dalam buku Kumar & Clark’s.
“Ahah,” jawabku ringkas…MANALAH aku faham, waktu tu aku baru habis 2nd year, belum belajar pasal drugs lagi. Tapi nak cakap kat specialist apa lagi, sedih je rasa…
Lima minit berlalu, ku saja berjalan-jalan dalam red zone, lalu tertarik dengan satu katil di mana ramai staff nurse dan doctor sedang berkumpul, dalam berbelas juga bilangan agaknya. Ku menjengket-jengket, cuba melihat apakah yang sedang berlaku kerana ku tidak dapat melihat pesakit yang cuba dirawat. Rupa-rupanya, mereka sedang melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation)…terhadap seorang BAYI!!!
betapa sesak dan sibuknya emergency department |
CPR bagi bayi berbeza daripada CPR orang dewasa, lebih-lebih lagi di wad kecemasan. Apabila melakukan compression, ia tidak boleh sekuat dan sedalam seperti yang dilakukan terhadap dewasa. Dan dalam kes seperti ini, mouth-to-mouth breathing tidak dilakukan di hospital, sebaliknya airbag diberikan sepanjang CPR.
lebih kurang camni keadaannya dengan ECG wires, cuma lebih teruk keadaan kerana dalam keadaan cyanosis dan CPR |
Doctor perempuan yang mula-mula lakukan CPR diganti dengan nurse pula. Jika kes epilepsy sebentar tadi memerlukan 10 orang bagi mengawal keadaan, yang ini pula memerlukan 15 staf, sebahagiannya terlibat dalam monitoring vital signs termasuk ECG. Dahlah bayi itu kecil, pucat, lesu, penuh dengan wayar di dadanya… tak pernah ku lihat makhluk sekecil begini begitu lemah tidak bermaya, bertarung nyawa…beratnya mata memandang…
Jiwaku tidak tenteram, ku ingin lebih mengetahui. Ku bertanyakan seorang pelajar senior Rusia yang juga sedang membuat elective posting di wad berkenaan mengenai patient’s history. The 2 year old male infant came with SOB (shortness of breathing), slight cyanosis (kebiruan) and an underlying anemia which the patient has not been receiving much treatment. Anemia is defined as a low haemoglobin (Hb) concentration (the protein in RBCs responsible for transporting O2), and may be due to a low red cell mass or increased plasma volume. Anemia saja dah ada banyak jenis: Iron Deficiency anemia, megaloblastic anemia, sickle cell anemia, dan aplastic anemia antaranya…dan terdapat 48 differentials, dan rawatan berbeza mengikut jenis anemia…
Kelihatan seorang pakcik sedang melihat CPR yang sedang dilakukan (pelawat tidak dibenarkan melawat ketika rawatan sedang dijalankan). Seorang staf terpaksa meminta beliau menunggu di luar agar mereka dapat melakukan kerja mereka. Rupa-rupanya, beliau merupakan bapa bayi tersebut!!! Secara umumnya, ahli keluarga tidak dibenarkan melihat rawatan ketika sedang dijalankan atas medicolegal reasons, selain mengelakkan emosi mereka terganggu dan traumatized jika terlihat worst case scenario…(if you know what I mean…)
Selang setiap 3 minit, staf lain pula mencuba CPR. Kini, giliran seorang HO lelaki membuatnya. “Meh, kita kena kasi tangan laki buat ni,” kata Sister. Beliau pun sedang cuba segala yang termampu, tak boleh tekan terlalu dalam, kerana dada bayi amat kecil boleh melukakan jantung. Tak boleh tekan terlalu lembut pula, nanti jantung tak dapat pamkan darah… Namun, tenaga tangan lelaki pun ada batasnya, tiada hasil kelihatan, lalu diganti rakan setugasnya seorang wanita HO…
Lebih 12 minit berlalu setelah diganti 4 staf, masa yang begitu sekejap terasa begitu lama apabila usaha yang dilakukan tiada hasil… kelihatan beberapa air muka staf sudah mula hilang harapan, ku berdiri, ingin sekali membantu tetapi sebagai pelajar yang masih cetek lagi ilmu, apakan dayaku…
Tiba-tiba tangan specialist menyentuh tangan HO yang sedang membuat CPR.
Nurse yang mengepam airbag tadi pun mengangkat airbag daripada mulut bayi tersebut.
Kesemua doctor dan nurse yang terlibat berdiri mengelilingi katil bayi tersebut, letih, lemah…hilang harapan sudah…
The baby…is DEAD…
Masa bagaikan terhenti begitu lama… Staf-staf pun pergi meninggalkan katil tersebut, meneruskan pekerjaan melibatkan pesakit-pesakit lain…
Mesin dan wayar ECG sudah pun dialihkan. Tirai katil ditarik, yang tinggal cuma bayi tersebut bersama doctor-doktor HO dan specialist. "Inform the patient’s parents of the death. Let them have some space and private time with the baby. We have all tried our best and played our role, but God has His plans," kata specialist tersebut.
Ibu bapa bayi tersebut pun masuk bersama 2 anak lagi kecil mereka, dalam lingkungan 5-6 tahun. Mereka tidak mengerti apa-apa, sambil memeluk ibu dan bapa mereka. Bapa tersebut cuba menahan kesedihan , manakala ibunya…IBU MANA TAK MENANGIS KESEDIHAN ANAKNYA MENINGGAL DUNIA…
“Sayang…jangan pergi…sayang…mak ada kat sini…sayang…mak sayang adik, jangan tinggalkan mak…isk...isk…,” kedengaran tangisan ibunya, tersekat-sekat…lemah…
Seluruh situasi ini membuatkan jiwaku berkecamuk, kakiku longgar, lemah nak berdiri, mendengar rintihan ibunya, melihat kematian di depan mata…
“You always feel some sadness when patient dies. When old patients die, you somehow already know that it will happen, so you get to prepare your feeling. But when a baby dies…they’re just too young and innocent, and things happen unexpectedly…it’s just too sad…” pernah Dr. Juani katakana padaku ketiak ku berborak bersama-sama HO di wad ortho suatu ketika dahulu…
“Kalau dalam wad O&G, tangisan bayi adalah suara paling nikmat, menandakan bayi itu selamat dilahirkan. Tetapi kalau bayi itu senyap…maksudnya ada masalah atau complications yang belum diselesaikan,” ku teringatkan kata-kata Dr. Faizal, seniorku yang baru sahaja graduate dan rajin belajar di hospital.
Yang tinggal, cumalah sekujur badan kecil, tidak bernyawa. Tiada lagi tangisan malam, mahupun gelak tawanya yang riang yang boleh menceriakan suatu rumah , ataupun senyumannya yang sungguh comel mampu mencairkan hati sesiapa…
Bila melihatkan perkara di depan mata, ku teringat ayat-ayat dalam surah Maryam. Kedua-dua kisah Maryam dan nabi Zakaria berusaha sehabis baik untuk memastikan agar bayi mereka dilahirkan sebaiknya. Tetapi bila terbacakan akhbar (Julai-Ogos 2010) yang hangat membicarakan kes-kes PEMBUANGAN BAYI, hatiku PANAS BERAPI, MARAH… Orang lain bukan main berusaha untuk memastikan anak-anak mereka dapat HIDUP dengan baik, TERGAMAK pulak segelintir masyarakat yang dah TERLANJUR buat MAKSIAT, pastu BUANG BAYI tak bersalah yang lahir bagi MENUTUP KESALAHAN mereka.
bulan puasa sepatutnya bulan melatih kesabaran, tapi bagaimana hendak bersabar bila tahu ada perbuatan terlaknat sebegini berleluasa... sedih je rasanya... |
Para ulama bersependapat bahawa kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum tiba akil baligh khususnya yang masih bayi ataupun di dalam kandungan, akan ditempatkan di syurga, menantikan kehadiran bonda dan ayahandanya yang tercinta… tapi kalau dah buang bayi, sama je macam MEMBUNUH, tempat bagi pembunuh adalah di NERAKA!!!
Ibu tadi sudahpun keluar setelah ditenangkan suaminya. Setelah keluar, suami tersebut mula membacakan surah Al-Fatihah dan surah Yaasin… Ku cuba menahan mataku yang sudah mula bertakung basah daripada melimpah, menitiskan air mata… Ego lelaki pun mampu tercalar dengan pemergian si kecil…
Jam menunjukkan pukul 1.15 tengahari, namun emosiku tak stabil untuk terus berada di hospital. Ku pun melangkah keluar, menuju stesen LRT Chow Kit. Ku pasangkan iPod aku secara shuffle dengan harapan agar dapat mendengar lagau-lagu yang dapat menenangkanku…
Baby, baby, baby ooo…
I know you’ll always be mine, mine…
JUSTIN BIEBER!!! WRONG TIMING, bro… ku tutup iPodku… badanku bergerak longlai, fikiranku melayang entah ke mana…
Raya (September) 2010
Allaahuakbar ullaahuakbar ullaahuakbar…
Kedengaran takbir raya mula bergema. Ku mengenakan baju raya sebaiknya, tema baju raya tahun ini adalah velvet violet sebagaimana yang ditentukan ibuku setiap tahun.
Tika bersalaman dengan ahli keluarga sebelum bertolak untuk solat raya, ku pandang mata umi, ku cium tangannya yang lembut, ku teringatkan peristiwa ketika beliau dimasukkan ke hospital kerana ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Ia berlaku ketika ku akan menghadapi UPSR, ku sangka beliau akan mati kerana aku diberitahu beliau tiba-tiba muntah berdarah dan pengsan, maka aku menangis teresak-esak di tepi katil, tidak memahami situasi sebenar. Ibuku hanya tersenyum lemah dan menyentuh kepalaku. Ayahku pula bawaku keluar untuk belanja aiskrim bagi menenangkan diriku. Beliau pernah keguguran tiga bayi sebelum ini, pasti meniggalkan kenangan yang gelap bagi ibuku…
Kemudian ku bersalaman dengan tok ayah, ku teringatkan pula ketika kami sekeluarga menziarahi Pengkalan Kubur (kampung saudara-mara keluarga sebelah ibuku). Pernah kami melawat kubur saudara-mara yang telah lama meninggal, tetapi atukku ada duduk di hadapan dua kubur yang amat kecil, dan berdoa panjang, sambil ku aminkan senyap-senyap… Ku masih kecil ketika itu, sifat ingin tahuku membuatkku bertanyakan atukku milik siapakah kedua-dua kubur tersebut. “Angah, when I was at your age, I had a twin baby brothe. Tapi Allah lebih sayangkan mereka, jadi demo (diorang) hidup kejap je, tak sempat jadi budak-budak pun,” tok ayah bercerita. Ku kagum dan tersentuh kerana beliau masih mendoakan kesejahteraan adik-adiknya walaupun sudah berpuluh-puluh tahun lamanya.
sepupu baru 1: comel cam baby girl, padahal laki~ |
sepupu baru 2: namanya Hafsah, selepas abangnya Halim dan kakaknya Hajar | . |
Sungguh, hubungan cinta dan kasih sayang dalam ahli keluarga takkan pernah putus, biarpun dipisah dengan jarak, mahupun kematian… Semoga kita semua tergolong dalam rahmat dan kasih sayangNya di kemudian hari, sebagaimana semua si kecil yang lebih awal menjadi tetamu Allah di syurgaNya…
…………………………………………………………………………..
to be continued...Epilog...
This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...
No comments:
Post a Comment