Pages

06 October 2011

BERUK...

Oktober 2011
“Abu, movie apa best kat Malaysia sekarang?” ku tanya, rindu pergi wayang.
“Johnny English Reborn, seriously lawak dowh” jawabnya, tersengih lebar pasal dapat tengok kat Malaysia.

Sayangnya, filem tersebut belum keluar lagi di Mesir. Ku memang peminat setia Rowan Atkinson, pantang nampak muka dia, rasa nak gelak je, haha. An educated, natural-born comedian, worthy of respect.

“Epul, kau ada tengok Rise of the Planet of the Apes?”
“Dah. Kau belum tengok lagi? Movie terbaik tahun ni dowh. Kau boleh copy dari aku nanti, wajib tengok,” ku yakinkan Abu.

Filem tentang beruk ini mengingatkan aku akan pertemuan istimewa…yang cukup menyentuh jiwa...jiwaku…

9 Ogos 2011
Ku tonton dan hayati movie yang baru saja ku selesai download semalam, ‘Rise of the Planet of the Apes’ (Rise of PotA). Malam sebelumnya telah ku tonton Nur Kasih the Movie khusus sempena hari lahir aku yang jatuh pada tarikh 8 Ogos, hehe :)

Bagi mencipta suatu ubat yang baru, ubat tersebut akan diuji ke atas binatang makmal lazimnya tikus putih atau arnab, bergantung kepada jenis ubat dan system yang ingin diuji sebelum diuji ke atas manusia (human trials). Semua pelajar fakulti kesihatan arif tentang langkah dan prosedur dalam ‘formulating a new drug’. Beruk dan yang sekeluarga merupakan satu-satunya binatang yang berkongsi dan mempunyai genes dan DNA yang 97% menghampiri milik manusia, justeru menjadikannya pilihan binatang makmal terbaik untuk diuji dengan ubat-ubat yang kuat. Namun ia tidak kerap digunakan kerana kos yang tinggi selain dilindung oleh undang-undang.

Selesai ku tonton movie tersebut…ku terdiam seribu bahasa. Kagum bercampur segan dengan makhluk ciptaan Allah ini biarpun tidak punya akal seperti manusia. Mereka tidak bunuh pun seorang manusia pun apakan lagi spesiesnya sendiri, sedangkan kita manusia kerap berperang dan bergaduh antara satu sama lain, menumpahkan darah membawa kefasadan kepada muka bumi Allah ini.

“…mereka sesat bagaikan binatang, bahkan lebih sesat lagi…”

Ku teringatkan firmanNya… adakah kita sebagai manusia ini lebih hina daripada binatang…?

there is no war without victims...

………………………………..……………………………………

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh”
“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh”

Selesai sudah 4 rakaat solat terawih, jemaah masjid berehat sebentar bagi mendengar tazkirah terawih daripada ulama’ Mesir. Jam menunjukkan pukul 9.45mlm, kebanyakan masjid lain sudah selesai 8 rakaat terawih beserta solat witir selewat-lewatnya 9.15mlm, tetapi beberapa masjid termasuk masjid yang kerap ku kunjungi lazimnya habis pada 10.30mlm kerana menghabiskan 1 juzuk setiap malam. Biarpun habis solat paling lewat, namun ku sanggup harungi tempoh yang lama itu kerana dalam bacaan imam yang bertajwid, bertarannum, penuh penghayatan terasa mendengar kalam-kalamNya, kisah-kisah yang terkandung dalamnya sambil mempelajari bahasa arab, masa yang berlalu sikit pun tak ku rasa…I feel peace in the beauty of Kalamullah…subhanallah…

Sheikh tersebut pun memulakan sesi tazkirah sambil para jemaah berehat di tepi dinding, khususnya yang tua. Ku tak berganjak dari tempat dudukku, tekun...

“Al-hararah fi dunya har 2awiey, mathalan soif fi misr ya3ni sab’ah wa talateen, wa hararah fi shams hawaliy sittu alf celcius. Lakeen, hararah fi nar…ASHADDUL HAR… na’uzubillahiminzaalik,” (Suhu dunia memang amat panas, contohnya musim panas di mesir adalah 37 darjah, dan suhu matahari pula sekitar 6000 celcius. Tapi, suhu neraka…adalah SEDAHSYAT-DAHSYAT KEPANASAN…na’uzubillah…) jelas sheikh tersebut selepas mengingatkan para jemaaah tentang cabaran berpuasa di musim panas.

ni baru panas dunia. Akhirat & neraka...?

Sambil ku  tekun mendengar tazkirah yang disampaikan, ku terlihat seorang jemaah sedang…merangkak bagaikan…BERUK…menuju ke arah imam yang sedang bersandar di tepi ruang solat imam. Sejujurnya, dia memang tidak mampu untuk berdiri tegak, merangkak menggunakan kedua-dua kepala lutut dan ‘head of the proximal phalanges’. Sekali pandang, mana-mana pelajar perubatan pun tahu bahawa jemaah itu mempunyai motor nerve injury/dysfunction.

Ku amati pergerakannya. Setiap langkah yang diambil memerlukan tenaga yang banyak kerana pergerakannya memang sukar. Ku cuba ingat kembali semua yang ku pelajari berkaitan neuroanatomy biarpun ingatan ku samar-samar kerana telah setahun ku tinggalkan.

Antara tanda-tanda yang dapat ku lihat:
-          Rt. arm - Difficulty in extending (meluruskan) the wrist joint and the 3rd-5th interphalangeal joint
-          Lt. arm - Difficulty in extending the wrist joint while all the interphalangeal joints are extremely flexed.
-          Rt. & Lt. Lower limbs – difficulty in extending the knee and ankle joint.
-          Lacking ability to focus on something for a long period.

My provisional diagnoses:
-Ape Hand deformity of the rt. Arm
-Erb’s paralysis of the lt. arm
-paralysis of the quadriceps muscle of both LL (lower limb) due to nerve dysfunction/injury...

Erb's paralysis of the lt. UL (upper limb)

Diagnoses can only be confirmed following full clinical examination of the patient. My diagnoses remain as it is…provisional…

Dimudahkan cerita, beliau berjalan dengan mengheret kedua kepala lututnya dan kerap memerlukan sokongan buku limanya...
Itu semua apa yang mungkin ku tulis di medical report, namun beliau merupakan seorang pesakit dan takkan ku pandang orang sebegini…istimewa…sebagai medical case, it is disrespectful.

Ini kerana pembawaan diri beliau begitu lain sekali daripada orang cacat yang biasa ku lihat. Berkopiah putih, berjambang kemas, kulit putih bersih, bermata hitam pekat, berjubah putih sesuci kapas…ku kagum, terpancar cahaya dalam beliau memelihara sunnah baginda melalui sifat dan pakaiannya. Ku teliti akan sifat-sifat ini kerana pernah belajar sedikit mengenai sunnah-sunnah nabi dalam Syamail Muhammadi yang pernah disampaikan oleh Ustaz Azzam dalam kelas tafaqquh selepas subuh.

Jemaah itu pun akhirnya sampai ke tempat sebelah imam bersandar mengaji al-Quran. Imam Walad mengalih muka menghadap jemaah tersebut, tersenyum, jernih mukanya, senyumannya…cahaya iman dan al-Quran kata jiwaku.

Beliau pun menghulurkan tangan, dengan segala daya yang termampu…untuk bersalaman dengan imam tersebut. Imam pun bersalam dengannya, mencium pipinya, sebahagian daripada  budaya orang arab…indah sungguh hubungan berasaskan iman dan taqwa…

Selesai sudah tazkirah, jemaah mula masuk kembali dalam saf. Jemaah tadi mengambil tempat betul-betul di belakang imam, di mana aku pula berada di saf kedua, belakangnya. Takbir dilaungkan, dan solat pun bermula. Anehnya, kesemua jemaah saf pertama berjubah putih, suatu macam perasaan lain bagiku. Rasa kagum tapi segan. Tika solat, kaki jemaah tadi berada di tempat sujudku. Ku runsing, bagaimanakah akan ku sujud nanti… ku pun mengangkat takbir, pasrah, mendoakan agar dimudahkan dan dikhusyukkan solat…

Rukuk, kemudian takbiratul ihram, tiba pula untuk sujud. Tiba-tiba, jemaah itu bergerak ke hadapan memberi ruang kepadaku untuk sujud… Ku tergamam, tersentuh…

Manusia sempurna dan cukup sifat seperti kita ini, sempurnakah iman dan akhlak kita seperti hamba Allah di hadapanku ini, biarpun di pandangan manusia biasa, mereka cacat. Sungguh, jauh sekali mereka daripada perkataan ini, sebaliknya mereka selayaknya dipanggil insan istimewa…di pandangan Allah.

Ku sujud, perlahan-lahan, bergetar… ku cium tempat sujudku yang pernah disentuh kaki insan istimewa ini. Tapak kakinya putih cantik, bagaikan tidak pernah menyentuh tempat-tempat kotor mahupun jijik yang biasa orang seperti kita pergi… Bertuahnya beliau, Allah memeliharanya. Hatiku sebak, pipiku basah…kerana diberikan petunjuk melalui orang sebegini, tanpa perlu kepada sepatah perkataan pun. Hidayah Allah hadir dalam pelbagai cara...subhanallah.


Selesai sudah 8 rakaat tearawih beserta witir, jemaah pun bersalaman dan mula beredar. Ku terus melihat jemaah tadi, dari jauh.

‘Beliau mungkin mempunyai penyakit fizikal, namun ku lihat beliau tidak punyai penyakit hati.
Beliau mungkin berjalan macam beruk, tapi orang seperti kita yang bisa berjalan ke tempat teruk.
Beliau mungkin tidak mengikuti fesyen terkini, namun beliau amat memelihara fesyen baginda,’

bentak hati kecilku…

Ke mengelap titisan yang mengalir, segan dilihat orang kerana ku punya ego lelaki. Manusia seperti kita ini, kadang-kadang padaku, tidaklah sempurna sifat kalau dibandingkan dengan golongan ini mahupun binatang.

Siapakah yang membuat kefasadan di muka bumi Allah ini?
Siapakah yang membuat maksiat tatkala diberi peluang nikmat hidup dengan sihat?
Siapakah yang membuang bayi kecil tak bersalah?
Siapakah yang menderhakai ibubapa?
Siapakah yang enggan atau leka sujud kepadaNya?
Siapakah yang membawa peperangan sesama manusia?

Binatang…orang istimewa seperti mereka ini…atau manusia sihat wal’afiat seperti kita ini…? Tepuk dada, tanya iman…

Kasih sayang binatang...


Mungkin di dunia ini kita sihat, rumah mewah dihiasi permata dan berlian, ditemani gadis-gadis lawa… tapi di akhirat kelak..? Mereka (golongan istimewa ini) pula mungkin di hari kemudian, akan menjadi penghuni-penghuni syurga Allah kerana bebas daripada hisabNya, ditemani bidadari jelitawan menawan tertawan yang tak mampu dicapai akal akan keindahannya, setia berdampingan mereka…selepas selamanya…

Terasa ingin bersalaman dengannya. Ku bangkit, mendekatinya, ku hulurkan tanganku. Beliau pun berusaha menghulurkan tangannya. Mata kami bertemu, terasa kelembutan terpancar di wajah sucinya…

Wajahnya, sifatnya, mengingatkanku pada lagu Raihan ‘Tihamah’...

“Putih bersih dahinya
Sinar hitam rambutnya,
Baik paras mukanya…nan bercahaya
Dua tapak kakinya pernah dikucup unta,
Unta hilang derita, unta tiada luka…”




Subhanallah…

Ya Allah, ku jatuh cinta dengan jemaah masjid ini,
Kau peliharalah dan kukuhkan ukhuwah yang terjalin atas ikatan iman antara ahli masjid ini,
Semoga kami semua diberi rahmat dan ‘inayah olehMu, Ya Allah,
Tempatkanlah kami bersama dengan orang beriman di akhirat nanti,
Dan pertemukanlah kami ahli masjid ini semula di syurgaMu,
Ya Allah, Ya Rabbal ‘Alameen


 ...............................................................................
 
This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...

27 July 2011

MEMORI TANAH SUCI - Bab 1

BAB 1 - THE STORY BEGINS…(in the BUS)’:

Julai 2011

“Enta otuubis sa’ah kam?” (bas awak  pukul berapa?) tanya pakcik di stesen bas.

“Sa’ah wahdah wan noos,” (jam 1.30) jawabku.

Ku berjalan masuk, lalu ternampak pakcik bas pagi tadi, dan dia pun ternampak aku.

“Enta geit ma’aya fis subh!” (awak datang dengan saya pagi tadi!) driver bas tu terkejut.

“Aah, aiywah,” balasku, ringkas.

“Howwa gah ma’aya fis subh!” (dia datang dengan saya pagi tadi!) pakcik bas tu bersemangat memberitahu rakan-rakannya pasal aku naik bas dengan dia pagi tadi, pasal orang ajnabi (foreigner) biasanya tak menaiki bas murah sebegini.

Ku menaiki bas yang akan membawaku pulang ke kota Kaherah. Ku perlu pulang untuk membantu ahli rumah dalam menguruskan perpindahan kami ke rumah baru. Percutian sehari ke Hurghada kali in perlu bagi membuat lesen Freediving aku, selain menenangkan diri merasa bayu laut selepas lebih sebulan berhempas-pulas dengan peperiksaan di Cairo. Ku duduk di kerusiku, dan terus melenakan kepala, kerana penat dan amat memerlukan rehat yang cukup untuk urusan berpindah nanti.

Bas pun bertolak. Ku pun lena tertidur, sehinggalah…

“Ya astoow!! Et takyief misy shaghol we el-otuubis harr awiey!!! Eindiey aulad ya ‘amm!!!” (driver!! Air-cond tak berfungsi dan bas ni panas sangat!!! Aku ada anak-anak!!!) teriak makcik arab di lorong belakang kerusiku. Ku tersentak daripada lamunan mimpi, tapi masih termamai-mamai…

“Usboori ya madam, el-gamma’ah kullu biyestiraiyihou dil waqtie,” (sabar makcik, orang lain tengah berehat elok-elok sekarang ni) driver bas tu cuba menenangkan keadaan.

“La’a, di misy ma’uul!!! @#^%$*^@#&^*$@!!!!” (mana boleh cani!!!...*kata-kata selepas tu dah tak mampu ku terjemahkan, buat-buat paham je la…) makcik tu menjerit balik tak puas hati.

“@#^%$*^@#&^*$@!!!!” teriak balas driver bas tu. Dan berlakulah pergaduhan antara pakcik arab dengan makcik arab yang berlangsung selama 15-20 minit lamanya…dalam bas…sampai terpaksa berhenti tengah padang pasir tengah-tengah malam dan suruh kami semua turun untuk sejukkan bas…really ANNOYS me…

Pantang je aku naik bas travel sorang-sorang pergi diving, mesti je ada drama bas dalam perjalanan, macam sebelum ni…

…………………………………………………………………………………


Julai 2010           

Liyeh? Misy kuwaiyis k’edah , ya astoow,(Kenapa? Tak bagus camni , driver.)

Terkejut aku bila melihatkan makcik mat saleh yang duduk bersebelahan aku dalam bas berbahasa Arab Mesir dengan konduktor bas. Kerana hendak tunjuk adab terhadap orang lain, aku pun mula bertegur sapa dengannya.

“Lara..? Like Lara Croft (tomb raider)..?” tanyaku
 “Haha, you’re the second to say that after my friend in orchestra,”
“So you’re a musician?”
“No, I play violin in the Cairo Opera House,”
“Wow, but your Arabic was really good. Where did you learn that from?”
“I’ve worked for 16 years in the Opera House,”
“No wonder…”

Makcik tersebut merupakan warganegara Ukraine, mampu berbahasa Ukraine, Rusia, English dan arab mesir. Pekerjaan beliau telah memberi peluang kepadanya untuk mengembara ke banyak negara bagi membuat persembahan opera, seperti di Rusia, China, Singapura, Jepun, Australia, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan banyak negara lain juga. Beliau bersama 2 orang rakannya ingin bercuti di Dahab, sebagaimana kebanyakan pelancong asing lain di dalam bas ini.

Bas bertolak dari kota Kaherah pada pukul 12 tengah malam, dan aku tertidur lena hampir sepanjang perjalanan…sehinggalah tiba ke checkpoint…

Encik polis pun mula memeriksa passport setiap penumpang. Memang menjadi tugas mereka membuat perkara tersebut. Jantungku mula berdegup kencang.

“Where is your bassboort? tanya beliau.

Aku menunjukkan kerneh(kad pelajar).

“Where is your bassboort? ulang beliau.

Kerneh tidak diterimanya. Ku mengeluarkan salinan passport dan visaku.

“Where is your bassboort? ulang beliau lagi.

Alamak…

Situasi sebenar: Pasportku bersama pasport rakan-rakanku yang akan ke umrah dipegang ustaz Alang bagi mengendalikan urusan visa umrah yang dibuat di Malaysia (di Mesir leceh proses visa umrah untuk foreigner). Passport hanya akan dikembalikan apabila di hendak bertolak ke Jeddah di lapangan terbang nanti. Ku pula dah buat appointment dengan diving center di Dahab untuk memulakan kursus Open-Water Dive, tapi kalau nak berjalan-jalan di Mesir, passport akan selalu diperiksa.

Terpaksalah aku TIPU SUNAT, pasal kena buat juga diving dan kena pergi umrah. Ku cuba fikirkan apakah alasan paling munasabah untuk diberitahu, pasal kalau beritahu keadaan sebenar, polis tu tak faham dan tak kisah. Aku tak rela ditahan di tengah-tengah padang pasir tengah-tengah malam buta gini, camne nak cari public transport nanti, huhu. Dahla penjara mesir ni famous gila ‘keseramannya’ (katanya penjara bawah tanah).

Tipu Sunat A: Kata passport tertinggal dalam beg yang ada di bawah bas. “Kang nanti polis tu suruh turun bawah amek passport kat beg pastu takde, teruk nanti, buat aniaya diri je,” pesan seorang seniorku.

Tipu Sunat B: Kata yang passport ada bersama kedutaan Arab Saudi untuk urusan visa umrah.

Ku pilih Tipu Sunat B …

“Where is your bassboort? ulang beliau, da macam robot.

“My passport is with the Saudi Embassy for Umrah visa. It’s not with me right now,”.

Ku pegang buku ‘Hajj And Umrah’ terbitan dar Al-Salam, sebagai aksesori lakonan serta bukti tambahan bahawa aku memang akan pergi umrah, tapi kena singgah Dahab dulu kerana ingin membuat diving license agar dapat menyelam pabila pulang ke Malaysia bercuti bersama keluarga.

Plan A (kerneh dan salinan passport) gagal, Plan B (tipu sunat) pun gagal, tinggal Plan C sahaja, iaitu berdoa, bertawakal dan mengharapkan mukjizat daripada Ilahi…

“Where is your bassboort? ulang beliau lagi. “You cannot go to Sharm without your bassboort,”
“I’m not going to Sharm, I’m going to Dahab,”
“You cannot go to Dahab without your bassboort,”…alaa, ko da terkantoi la encik polis, cukup la tu…

Aku terdiam…sambil berdoa di dalam hati…ni kot dugaan sebelum umrah agaknya, huhu..

“Where are you going to in Dahab?”
“To Mashraba,”
“Where will you stay in Mashraba?”
“In Penguin Hotel,”
“What are you going to do in Dahab?”
“I’m doing Open-Water Diving course…” da macam kena soal-siasat pula depan orang ramai, aiseyh..

Beliau memandang tajam aku… Lalu beliau berjalan memeriksa passport penumpang-penumpang lain di belakang.

“Don’t worry. I know him. I use to see him every time we come to this checkpoint,” tegur Lara.

“Where is your bassboort? tanya beliau, LAGI, selepas memeriksa passport semua penumpang lain.

Penumpang bas yang lain dah mula membuat bunyi tak puas hati, bisik macam-macam. PEDASNYA rasa telinga ni.

Ya raiyis, fii eih musykilah?!! ‘Eindiy hagah we kulluhom ta’baan!! Ehna laazim bi sru’ah!!!,” (Encik (polis), apa masalahnya?!! Aku ada hal dan mereka semua keletihan ni!! Kami perlu cepat ni!!!) tengking pemandu bas.

“Ooh, let him go. He’s just a boy,” Lara mencelah.

JUST A BOY… aku nak masuk 20 tahun dalam sebulan lagi la, n aku tak cute pun untuk jadi BOY, huhu…

Encik polis tu pun pandang aku untuk kali terakhir, lalu turun keluar dari bas. Bas pun bergerak sambil aku terperasan polis tersebut memerhati aku dari tingkap luar…macamlah  aku ni penjenayah…

Alhamdulillah, doaku termakbul juga, walaupun dengan cara yang agak…menyegankan…  Cik Lara, satu hari nanti aku pasti aku melihat salah satu persembahan cik di Opera House. Aku terhutang budi dengannya.

Aku menarik nafas lega…oo BOY~

“Where is your bassboort? tanya budak2 arab di kerusi belakangku. Nak kena budak2 ni…adui~


my last open-water dive in the course, with fellow coursemates Nakai n Alan Roy

beginilah rupa bas-bas murah yang biasa ku naiki di Mesir...

…………………………………………………………………………………
to be continued...Bab 2...



25 July 2011

OH BABY, DON’T GO...Epilog

continued from Part 2...

Epilog…

14 Julai 2011

Selesai sudah bacaan Yaasin, kami dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan sambil berinteraksi sesama sendiri. Malangnya, kerana ku rancak berborak dengan rakan-rakan tentang rumah-rumah yang sudah dilihat untuk berpindah, kuih-muih telah pun habis dimakan. Kebetulan En. Hazam ada berdekatan, maka aku pun bertanyakan kisah sebenar…

“Pelajar ni dah setahun kena SLE (systemic lupus erythematosus, a rare multisystemic autoimmune disease, occurring in ≈0.2% of the population with a 9:1 female prevalence over male).  Lepas oral test dia 11 Julai baru-baru ni, dia balik rumah letih lain macam, pastu dah pengsan. Dah bawak pergi rumah senior, then admitted ke A&E (anesthetics & emergency), stabilized kejap. 10 minit je doctor tinggal kejap, dia kena cardiac arrest. Terpaksa revive pakai defibrillator, tapi tak jadi apa, pastu koma sampai sekarang,” beliau mula bercerita.



“Pelajar tu dah pakai life support, nak buat scan pun susah dan berisiko pasal kena tanggal life support. Tadi masa buat CT scan, saya lah yang terpaksa bagi consent, risau gak kalau jadi apa-apa. Ct scan pulak tunjuk ada cerebral hemorrhage, yang tak berapa clear mechanism, mungkin ruptured aneurysm kata doctor. Injap jantung pelajar tu pun bocor (perforated heart valve), jadi kena buat surgery untuk pasang artificial valve. Cerebral hemorrhage dia kira sangat kritikal dan memerlukan surgical intervention secepat mungkin. Tapi jantung dia lemah untuk pam darah (weak myocardial activity), tambah pula dengan perforated valve, jadi bertambah complication dan risk of operation sangat tinggi, doktor-doktor pakar yang hebat kat Mesir ni pun takde sorang pun yang berani ambil kes ni,” sambung beliau.

life support...


*management untuk kes ni, secara kasarnya perlu: 1. Pasang artificial valve supaya jantungnya cukup tenaga untuk pam darah terutamanya ke otak kemudian 2. Corrective surgery untuk cerebral hemorrhage dan 3. Palliative and symptomatic treatment untuk side-effects yang timbul selepas pembedahan…

Satu surgery saja dah cukup perit, ni kan pula sekurang-kurangnya dua surgery dirumitkan dengan bermacam-macam complications…

Ku dengar dengan penuh teliti, kerana setiap kesakitan yang dihadapinya is further complicated by an underlying disease or cause…making the total risk involved very high, what more the survival rate, God knows…

“Doktor-doktor dah nak habis marking paper dia, and so far Dr. Heba kata yang doctor-doktor puas hati dengan paper dia,” tambah En. Hazam. Ku cemburu dengannya, pelajar yang sungguh baik dan disayangi rakan dan para doctor, lalu diuji Allah untuk menunjukkan lebih hebatnya kasih sayangNya kepada pelajar tersebut…sebagaimana seniorku ketika ku masih lagi tahun 1, dan seorang pelajar perempuan yang meninggal dunia di Iskandariah ketika musim peperiksaan sebelum bermulanya revolusi Mesir... Ku cemburu dengan mereka, kerana dijemput oleh Allah dalam keadaan masih dalam perjuangan menuntut ilmu, masih menyumbang kepada rakan-rakan dan umat Islam...

“Kita dah call parents pelajar, dan mereka memang sangat sedih. Mereka akan datang ke Cairo dalam masa terdekat. Kita perlukan kehadiran ibu bapa pelajar ni untuk buat keputusan yang paling penting dalam rawatan dan kehidupan dia nanti…kalau-kalau kena decide cabut life support…” sambungnya lagi…

Ku tersentak…kerana rakanku juga pernah menghadapi benda yang sama. Aku berumur 16 tahun ketika itu, dan ibunya tiba-tiba pengsan di dalam tandas. Pelbagai rawatan cuba diberikan, namun semuanya tidak berhasil. Walaupun masih bernyawa dengan bantuan life support, otaknya sudah tidak lagi berfungsi (brain dead). Akhirnya si bapa terpaksa memutuskan untuk mencabut life support. Namun, ketika life support ditanggalkan dan semua vital signs menurun sedikit demi sedikit sehungga hampir mencecah kosong, BPnya naik sebentar, seolah-olah masih bertarung buat kali terakhir untuk hidup. Matanya sempat terbuka seketika, memandang anak-anaknya dengan penuh syahdu, senyuman terukir di mulutnya buat kali terakhir… dan beliau meninggal dunia dengan tenang…

Terlalu banyak memori yang mengisi pemikiranku setiap kali suatu peristiwa berlaku… Allah sentiasa memberikan kita peringatan tentang perkara yang sedang berlaku, agar dapat belajar daripada perkara yang telah berlaku, supaya bersedia untuk menghadapi perkara yang akan berlaku…

Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami…

Ya Tauwab, terimalah taubat kami…

Ya Rahman, tempatkanlah kami semua dalam rahmat dan berkatMu.

Ya Akhiir, matikanlah kami dalam husnul-khatimah. …

Ya Moujib, terimalah doa dan permintaan kami…

Ya Latif, ultuf bina (O Gentle One, be gentle with us…)

Amin, ya rabbal ‘alamin…


…………………………………………………………………………..

THE END... 


This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...