Part 1
14 Jun 2011
“Allahuakbar Allahuakbar…”azan maghrib pun berkumandang memecah hiruk-piruk kota Kaherah. Ku memperbaharui wudhu’ku, lebih segar dan yakin dengan wudhu yang baru. Pelajar pun membuat saf di dewan utama Dewan Malaysia Abbasiah kaherah (DMAK) atau lebih dikenali sebagai ARMA sesame pelajar di sini, atau Malaysian Hall Cairo dalam kalangan rakyat Malaysia yang melawat. Salam telah pun diberi, doa telah pun dibaca.
Malaysian Hall, Cairo |
“Assalamualaikum adik-adik. Terima kasih kerana sudi hadir pada majlis bacaan Yaasin dan solat hajat untuk sahabat kita yang sedang berada di hospital,” En. Hazam, pegawai JPA di sini mula berucap. Khabarnya, pelajar tersebut kena cardiac arrest, keadaannya serius.
“Baiklah, saya akan bercerita sedikit tentang keadaan sahabat kita. Beliau ketika dimasukkan ke hospital, menghadapi cardiac arrest. Pagi tadi, laporan CT scan menunjukkan berlaku cerebral hemorrhage yang ketara di bahagian otaknya yang sensitif. Keadaannya memerlukan surgical intervention untuk memperbaiki masalah tersebut, tetapi jantungnya lemah kerana terdapat valve disease yang perlu diganti dengan artificial valve. Setakat ini, tiada doktor pakar di Mesir ini yang berani membuat pembedahan kerana complication yang banyak dan risk yang sangat tinggi. Keadaannya amat kritikal dan marilah kita sama-sama berdoa agar keadaannya bertambah baik dan dapat belajar semula dengan adik-adik sekalian,” beliau habiskan ucapan.
Ketika solat hajat dan bacaan Yaasin, kedengaran suara-suara lembut, tangisan teresak-esak. Jiwaku pun terketar, manakan kerana aku pun pernah pergi belajar di hospital, dan dalam banyak2 kes yang pernah ku lihat, aku pun sangat faham betapa complicated situasi penyakit yang dihadapinya. Sambil ku membaca surah Yaasin, fikiranku melayang, terkenangkan kisah lalu…yang amat perit, pedih…
…………………………………………………………………………..
November 2010
“Alhamdulillah, jamuan nasi lemak oleh tuan rumah telah pun licin dijamah, perut dah bulat berisi, kita buka majlis Smart Circle (SC aka usrah) kita dengan ummul-kitab, Al-Fatihah,” ku mengetuai majlis tersebut.
camni gaya after-usrah, bila time makan~ |
“Baiklah, mengikut cadangan abang Shakir (naqib), kita akan mulakan dengan membaca surah Maryam (surah selepas Al-Kahfi yang disunatkan membaca tiap hari jumaat). Buka muka surat 305, setiap orang baca tiga ayat sehingga ayat 25. Kita mulakan. Bismillahirrahmanirrahiiim… kaaf, haa, yaa, ein, saad…”
“Sodoqallahul3azim. Baiklah, sesiapa yang ingin mula berkongsi pendapat berkenaan bacaan kita sebentar tadi. Boleh rujuk terjemahan,” kata abang Shakir.
Ku baca terjemahan satu per satu dengan penuh teliti, hatiku mula berkecamuk. Bukan kerana kisah atau ayatnya teruk, bahkan jauh sekali daripada perkara tersebut. Tetapi ayat-ayat tersebut menceritakan kisah Nabi Zakaria yang berdoa untuk dikurniakan cahaya mata walaupun isterinya sudah tua, dan kisah Maryam yang diuji dengan membawa kandungan walaupun sudah berkhalwat (bersendirian) untuk beribadah semata-mata kerana Allah. Terdapat dua persamaan antara kedua-dua kisah ini (pada pandanganku): 1. Mereka dikurniakan dengan cahaya mata, nabi Zakaria mendoakannya manakala Maryam tidak memohon untuk diberikan pun. 2. Mereka diuji, satu dengan keuzuran manakala satu lagi dengan persepsi masyarakat tentang status Maryam yang bertanyakan siapakah bapa kandungan dsbg.
Yang pasti kedua-duanya menceritakan tentang cabaran kelahiran bayi dari keturunan yang baik… Ku tertunduk, memori itu masih jelas lagi di memori ini, ia menjadi parut di di kalbuku…
“Sepul, termenung panjang nampak. Ada nak kongsi apa-apa. Biasanya enta ada pendapat selalu,” komen abang Shakir.
“A..ayat-ayat ni…ada cerita tentang…” ku tersekat-sekat, untuk jarang kalinya ketika SC.
Ku ambil nafas dalam-dalam, dan “Bismillah…”…
…………………………………………………………………………..
to be continued...Part 2...
This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...
3 comments:
okay, i think this is the post you wanted me to comment. i'm no editor, but i'll try my best.
in my opinion, u have a good start and laid out the opening to a drama that promises some heart-warming or maybe tear-jerk at any point. you left a cliff-hanger, so i suppose i should come back once you have chapter 2 done.
atiqah...dah ada chapter 2 la..n the last chapter, the epilog da setel r...
nice pul, nice
Post a Comment