Pages

06 October 2011

BERUK...

Oktober 2011
“Abu, movie apa best kat Malaysia sekarang?” ku tanya, rindu pergi wayang.
“Johnny English Reborn, seriously lawak dowh” jawabnya, tersengih lebar pasal dapat tengok kat Malaysia.

Sayangnya, filem tersebut belum keluar lagi di Mesir. Ku memang peminat setia Rowan Atkinson, pantang nampak muka dia, rasa nak gelak je, haha. An educated, natural-born comedian, worthy of respect.

“Epul, kau ada tengok Rise of the Planet of the Apes?”
“Dah. Kau belum tengok lagi? Movie terbaik tahun ni dowh. Kau boleh copy dari aku nanti, wajib tengok,” ku yakinkan Abu.

Filem tentang beruk ini mengingatkan aku akan pertemuan istimewa…yang cukup menyentuh jiwa...jiwaku…

9 Ogos 2011
Ku tonton dan hayati movie yang baru saja ku selesai download semalam, ‘Rise of the Planet of the Apes’ (Rise of PotA). Malam sebelumnya telah ku tonton Nur Kasih the Movie khusus sempena hari lahir aku yang jatuh pada tarikh 8 Ogos, hehe :)

Bagi mencipta suatu ubat yang baru, ubat tersebut akan diuji ke atas binatang makmal lazimnya tikus putih atau arnab, bergantung kepada jenis ubat dan system yang ingin diuji sebelum diuji ke atas manusia (human trials). Semua pelajar fakulti kesihatan arif tentang langkah dan prosedur dalam ‘formulating a new drug’. Beruk dan yang sekeluarga merupakan satu-satunya binatang yang berkongsi dan mempunyai genes dan DNA yang 97% menghampiri milik manusia, justeru menjadikannya pilihan binatang makmal terbaik untuk diuji dengan ubat-ubat yang kuat. Namun ia tidak kerap digunakan kerana kos yang tinggi selain dilindung oleh undang-undang.

Selesai ku tonton movie tersebut…ku terdiam seribu bahasa. Kagum bercampur segan dengan makhluk ciptaan Allah ini biarpun tidak punya akal seperti manusia. Mereka tidak bunuh pun seorang manusia pun apakan lagi spesiesnya sendiri, sedangkan kita manusia kerap berperang dan bergaduh antara satu sama lain, menumpahkan darah membawa kefasadan kepada muka bumi Allah ini.

“…mereka sesat bagaikan binatang, bahkan lebih sesat lagi…”

Ku teringatkan firmanNya… adakah kita sebagai manusia ini lebih hina daripada binatang…?

there is no war without victims...

………………………………..……………………………………

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh”
“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh”

Selesai sudah 4 rakaat solat terawih, jemaah masjid berehat sebentar bagi mendengar tazkirah terawih daripada ulama’ Mesir. Jam menunjukkan pukul 9.45mlm, kebanyakan masjid lain sudah selesai 8 rakaat terawih beserta solat witir selewat-lewatnya 9.15mlm, tetapi beberapa masjid termasuk masjid yang kerap ku kunjungi lazimnya habis pada 10.30mlm kerana menghabiskan 1 juzuk setiap malam. Biarpun habis solat paling lewat, namun ku sanggup harungi tempoh yang lama itu kerana dalam bacaan imam yang bertajwid, bertarannum, penuh penghayatan terasa mendengar kalam-kalamNya, kisah-kisah yang terkandung dalamnya sambil mempelajari bahasa arab, masa yang berlalu sikit pun tak ku rasa…I feel peace in the beauty of Kalamullah…subhanallah…

Sheikh tersebut pun memulakan sesi tazkirah sambil para jemaah berehat di tepi dinding, khususnya yang tua. Ku tak berganjak dari tempat dudukku, tekun...

“Al-hararah fi dunya har 2awiey, mathalan soif fi misr ya3ni sab’ah wa talateen, wa hararah fi shams hawaliy sittu alf celcius. Lakeen, hararah fi nar…ASHADDUL HAR… na’uzubillahiminzaalik,” (Suhu dunia memang amat panas, contohnya musim panas di mesir adalah 37 darjah, dan suhu matahari pula sekitar 6000 celcius. Tapi, suhu neraka…adalah SEDAHSYAT-DAHSYAT KEPANASAN…na’uzubillah…) jelas sheikh tersebut selepas mengingatkan para jemaaah tentang cabaran berpuasa di musim panas.

ni baru panas dunia. Akhirat & neraka...?

Sambil ku  tekun mendengar tazkirah yang disampaikan, ku terlihat seorang jemaah sedang…merangkak bagaikan…BERUK…menuju ke arah imam yang sedang bersandar di tepi ruang solat imam. Sejujurnya, dia memang tidak mampu untuk berdiri tegak, merangkak menggunakan kedua-dua kepala lutut dan ‘head of the proximal phalanges’. Sekali pandang, mana-mana pelajar perubatan pun tahu bahawa jemaah itu mempunyai motor nerve injury/dysfunction.

Ku amati pergerakannya. Setiap langkah yang diambil memerlukan tenaga yang banyak kerana pergerakannya memang sukar. Ku cuba ingat kembali semua yang ku pelajari berkaitan neuroanatomy biarpun ingatan ku samar-samar kerana telah setahun ku tinggalkan.

Antara tanda-tanda yang dapat ku lihat:
-          Rt. arm - Difficulty in extending (meluruskan) the wrist joint and the 3rd-5th interphalangeal joint
-          Lt. arm - Difficulty in extending the wrist joint while all the interphalangeal joints are extremely flexed.
-          Rt. & Lt. Lower limbs – difficulty in extending the knee and ankle joint.
-          Lacking ability to focus on something for a long period.

My provisional diagnoses:
-Ape Hand deformity of the rt. Arm
-Erb’s paralysis of the lt. arm
-paralysis of the quadriceps muscle of both LL (lower limb) due to nerve dysfunction/injury...

Erb's paralysis of the lt. UL (upper limb)

Diagnoses can only be confirmed following full clinical examination of the patient. My diagnoses remain as it is…provisional…

Dimudahkan cerita, beliau berjalan dengan mengheret kedua kepala lututnya dan kerap memerlukan sokongan buku limanya...
Itu semua apa yang mungkin ku tulis di medical report, namun beliau merupakan seorang pesakit dan takkan ku pandang orang sebegini…istimewa…sebagai medical case, it is disrespectful.

Ini kerana pembawaan diri beliau begitu lain sekali daripada orang cacat yang biasa ku lihat. Berkopiah putih, berjambang kemas, kulit putih bersih, bermata hitam pekat, berjubah putih sesuci kapas…ku kagum, terpancar cahaya dalam beliau memelihara sunnah baginda melalui sifat dan pakaiannya. Ku teliti akan sifat-sifat ini kerana pernah belajar sedikit mengenai sunnah-sunnah nabi dalam Syamail Muhammadi yang pernah disampaikan oleh Ustaz Azzam dalam kelas tafaqquh selepas subuh.

Jemaah itu pun akhirnya sampai ke tempat sebelah imam bersandar mengaji al-Quran. Imam Walad mengalih muka menghadap jemaah tersebut, tersenyum, jernih mukanya, senyumannya…cahaya iman dan al-Quran kata jiwaku.

Beliau pun menghulurkan tangan, dengan segala daya yang termampu…untuk bersalaman dengan imam tersebut. Imam pun bersalam dengannya, mencium pipinya, sebahagian daripada  budaya orang arab…indah sungguh hubungan berasaskan iman dan taqwa…

Selesai sudah tazkirah, jemaah mula masuk kembali dalam saf. Jemaah tadi mengambil tempat betul-betul di belakang imam, di mana aku pula berada di saf kedua, belakangnya. Takbir dilaungkan, dan solat pun bermula. Anehnya, kesemua jemaah saf pertama berjubah putih, suatu macam perasaan lain bagiku. Rasa kagum tapi segan. Tika solat, kaki jemaah tadi berada di tempat sujudku. Ku runsing, bagaimanakah akan ku sujud nanti… ku pun mengangkat takbir, pasrah, mendoakan agar dimudahkan dan dikhusyukkan solat…

Rukuk, kemudian takbiratul ihram, tiba pula untuk sujud. Tiba-tiba, jemaah itu bergerak ke hadapan memberi ruang kepadaku untuk sujud… Ku tergamam, tersentuh…

Manusia sempurna dan cukup sifat seperti kita ini, sempurnakah iman dan akhlak kita seperti hamba Allah di hadapanku ini, biarpun di pandangan manusia biasa, mereka cacat. Sungguh, jauh sekali mereka daripada perkataan ini, sebaliknya mereka selayaknya dipanggil insan istimewa…di pandangan Allah.

Ku sujud, perlahan-lahan, bergetar… ku cium tempat sujudku yang pernah disentuh kaki insan istimewa ini. Tapak kakinya putih cantik, bagaikan tidak pernah menyentuh tempat-tempat kotor mahupun jijik yang biasa orang seperti kita pergi… Bertuahnya beliau, Allah memeliharanya. Hatiku sebak, pipiku basah…kerana diberikan petunjuk melalui orang sebegini, tanpa perlu kepada sepatah perkataan pun. Hidayah Allah hadir dalam pelbagai cara...subhanallah.


Selesai sudah 8 rakaat tearawih beserta witir, jemaah pun bersalaman dan mula beredar. Ku terus melihat jemaah tadi, dari jauh.

‘Beliau mungkin mempunyai penyakit fizikal, namun ku lihat beliau tidak punyai penyakit hati.
Beliau mungkin berjalan macam beruk, tapi orang seperti kita yang bisa berjalan ke tempat teruk.
Beliau mungkin tidak mengikuti fesyen terkini, namun beliau amat memelihara fesyen baginda,’

bentak hati kecilku…

Ke mengelap titisan yang mengalir, segan dilihat orang kerana ku punya ego lelaki. Manusia seperti kita ini, kadang-kadang padaku, tidaklah sempurna sifat kalau dibandingkan dengan golongan ini mahupun binatang.

Siapakah yang membuat kefasadan di muka bumi Allah ini?
Siapakah yang membuat maksiat tatkala diberi peluang nikmat hidup dengan sihat?
Siapakah yang membuang bayi kecil tak bersalah?
Siapakah yang menderhakai ibubapa?
Siapakah yang enggan atau leka sujud kepadaNya?
Siapakah yang membawa peperangan sesama manusia?

Binatang…orang istimewa seperti mereka ini…atau manusia sihat wal’afiat seperti kita ini…? Tepuk dada, tanya iman…

Kasih sayang binatang...


Mungkin di dunia ini kita sihat, rumah mewah dihiasi permata dan berlian, ditemani gadis-gadis lawa… tapi di akhirat kelak..? Mereka (golongan istimewa ini) pula mungkin di hari kemudian, akan menjadi penghuni-penghuni syurga Allah kerana bebas daripada hisabNya, ditemani bidadari jelitawan menawan tertawan yang tak mampu dicapai akal akan keindahannya, setia berdampingan mereka…selepas selamanya…

Terasa ingin bersalaman dengannya. Ku bangkit, mendekatinya, ku hulurkan tanganku. Beliau pun berusaha menghulurkan tangannya. Mata kami bertemu, terasa kelembutan terpancar di wajah sucinya…

Wajahnya, sifatnya, mengingatkanku pada lagu Raihan ‘Tihamah’...

“Putih bersih dahinya
Sinar hitam rambutnya,
Baik paras mukanya…nan bercahaya
Dua tapak kakinya pernah dikucup unta,
Unta hilang derita, unta tiada luka…”




Subhanallah…

Ya Allah, ku jatuh cinta dengan jemaah masjid ini,
Kau peliharalah dan kukuhkan ukhuwah yang terjalin atas ikatan iman antara ahli masjid ini,
Semoga kami semua diberi rahmat dan ‘inayah olehMu, Ya Allah,
Tempatkanlah kami bersama dengan orang beriman di akhirat nanti,
Dan pertemukanlah kami ahli masjid ini semula di syurgaMu,
Ya Allah, Ya Rabbal ‘Alameen


 ...............................................................................
 
This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...

2 comments:

Anonymous said...

apa yang awak cuba sampaikan ni?

Saifullah said...

perbandingan hubungan manusia sebagai khalifah di muka bumi dengan alam dan makhluk ciptaan lain, termasuk golongan istimewa.

sangat mengharapkan kritikan membina dan identiti.

harap dapat faham. selamat membaca :)