Pages

02 November 2010

A YEAR TO LIVE, A YEAR TO LOVE...


Langkahku berkejar menuju ke kelas pathologi dari surau setelah menunaikan solat zuhur. Hatiku jenis yang susah tenang kalau belum menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya sebelum melaksanakan perkara lain. Dari kaki lima, akau dapat mendengar suara doctor sedang mengajar. Aku memberanikan diri untuk masuk...

“Come in. Leave the door slightly open for your other friends to come,” Dr. Neven memberitahu. Alhamdulillah, baru satu slide, tak sampai 3 baris dalam buku lagi.

“So today we will learn about the chapter: Growth Disturbances. Atrophy is the decrease in size and weight of a tissue/organ due to decreased anabolism or increased catabolism, either physiological (normal) or pathological (abnormal) e.g. atrophy of limb muscles after prolonged immobilization after bone fracture; this is pathological disuse atrophy... Hypertrophy is the increase in size of an organ due to increase in cell size e.g. the pregnant uterus and body builders (ada pula orang tepuk belakang aku, aish~)... Hyperplasia is the increase in size of an organ due to increase in cell number. The mammary glands and genitals growth during puberty are good examples... Metaplasia is the... Dysplasia is the...,” cepat je beliau ajar semua tu, mention isi serta contoh yang penting dengan cara yang menarik, tak berapa bergantung kepada powerpoint slides atau silibus buku, sebaliknya ILMU & PENGALAMAN. TAPI...

WHY ARE YOU SLEEPING?! Rest for 10 minutes and we’ll continue,” tegur doctor, sambil memandang ke arah belakang tempat duduk perempuan. Aku yang duduk barisan paling belakang lelaki tak nampak sorang pun yang mengantuk waktu kuliah tadi. PEREMPUAN TIDUR... tak boleh jadi ni. Aku selalu pandang tinggi kat kaum hawa kerana sifat rajin, tekun dan attentive diorang terutamanya dalam pelajaran, sebab tu aku tak boleh terima ada perempuan tidur dalam kelas, lagi-lagi kalau doctor yang mengajar tu berkomunikasi dengan pelajar, bukan dengan slide.

“Now we will continue with the next chapter: Neoplasia. A neoplasm aka tumour is a new growth forming an abnormal mass, caused by autonomous self-controlling proliferation of cells independent of stimuli. They do not respect the physiological order of the body. The study of tumours is referred to as Oncology. Tumors can be classified into benign and malignant tumours according to their behaviour. The suffix ‘-oma’ which means ‘body’ in Greek, is usually added to name the tumour e.g. lipoma, fibroma, chondroma, osteochondroma, adenoma, papilloma etc...”

“Okay, that’s all for today. Rest, revise and study for the coming lecture,” pesan dr.  Neven sambil menutup laptopnya.

“When  benign tumours become malignant, that’s when it becomes CANCER,” aku memaut kata-kata doctor sambil aku melintas Sg. Nil, lalu terlihat kelibat seorang remaja dalam kerusi roda sambil ditolak oleh ibunya serta ditemani ayahnya di tepi Hospital Kasr el-Ainy. Jasadku di Mesir, tapi fikiranku melayang kemabli ke Malaysia... Kesian budak tu...
..................................................................................................................

Hari ketiga aku berada di HKL, aku dah singgah di klinik, bilik POP (plaster) & dressing, dan OT (operating theatre), tapi belum masuk wad lagi. Dr. Jalila, supervisor aku menerima cadanganku lalu menggalakkan aku memasuki wad. WHY NOT?

Setelah aku memperkenalkan diri kepada Sister, beliau membawa aku puising melihat bagaimana wad beroperasi. HOs selalu kena clerking, ambil sampel darah atau sampel tisu kalau disuspek terdapat jangkitan. Nurses pula selalu kena tukar dressings (balutan luka) mengikut waktu untuk semua pesakit, suapkan makanan bagi yang tak berdaya, gerakkan posisi pesakit bagi mengelakkan ‘bed sore’ serta menukar pakaian dan cadar pesakit bila perlu. Serius giler kerja kat wad, fikirku.

Seperti mana-mana wad di Malaysia, terdapat 30 buah katil, dibahagikan kepada 5 cubicle, 6 katil setiap satu. Cubicle terakhir dikhaskan untuk pesakit-pesakit diabetik, di mana kaki mereka yang dijangkiti terpaksa dipotong pada paras lutut atau paras pinggang (DFU with BKA/AKA ; diabetic foot ulcer with below/above knee amputation). Cubicle pertama pula dimasukkan ke dalam satu bilik khas, mungkin kerana kes-kes yang lebih serius pada tanggapanku.

Setelah mengikuti HO buat rounding dengan MO dan doctor pakar, aku cuba kejar Dr. Eyrique, ingin bertanyakan semua kata-kata singkatan yang digunakan di dalam hospital. Namun, beliau sedang berbincang dengan sepasang ibu bapa, penjaga kepada seorang pesakit remaja di cubicle pertama.

“Doktor, jadi camne dengan anak kami? Macam-macam cara sudah kami cuba. Apa lagi, yang boleh kami buat?” luah ibunya.
“Sakit anak puan dah kronik. Mediastinal Germ Cell pada peringkat ni dah susah untuk dirawat dan sembuh,” Dr. Eyrique menjawab.
“Mediastinal Germ Cell? Apa tu?” aku berbisik.
“CANCER,” Dr. Eyrique menjawab. Aku tersentak...
.....................................................................................................................

Kelas 5 Marikh, tingkat 2, bersebelahan bilik kaunseling, di atas pejabat pengetua, Ust. Syed Baharom serta penolong kanan, En. Rezazali. Lokasinya strategik bagiku kerana menghadap dataran (perhimpunan) sekolah. Aku jejakkan kaki memasuiki kelas nak cop meja dan loker sebelum hari persekolahan bermula. Memang sudah menjadi teknikku begini setiap tahun agar dapat memilih tempat yang selesa untuk aku belajar, ambil buku dari loker dan bebas daripada gangguan kawan-kawan, lebih-lebih lagi ketika tingkatan 5. Cepatnya masa berlalu, nanti kena pulun belajar untuk SPM supaya dapat bersaing untuk biasiswa dan belajar di luar negara. THIS IS NO YEAR TO FOOL AROUND...
Kelas 5 Marikh, atas bunting tepi Tangga Melaka 

Alhamdulillah, kebanyakan cikgu yang mengajar kelas tak ubah seperti tahun sebelumnya; BM - Cikgu Azwa, BI (set 1) - Madam Rahimaton, PQS - Ust. Shaharizan, PSI - Ustzh. Zakiah, Phy - Cikgu Atan dan Chem - Cikgu Najibah. Muka-muka baru bagi kami; Sejarah - Cikgu Jamiati, BAT – Ustzh. Zelawati, Maths dan Add. Maths - Cikgu Gan, dan yang paling pelajar terkejut, Bio – Cikgu Marina (bukan nama sebenar). Terdapat rakan yang skeptikal, namun aku cuba berfikiran positif walau apa yang berlaku antara beberapa pelajar dengan Cikgu Marina sewaktu tingkatan 4. MAYBE THERE’S A GOOD REASON SHE WAS MEANT TO TEACH US...

Ustaz Shaharizan masih menjadi guru kelas kami, tapi yang paling tak boleh blah, aku sekali lagi dilantik menjadi ketua kelas untuk 2 tahun berturut, walaupun aku menolak. Takde calon lain ke, huhu. “Sepul, kalau kau nak letak jawatan, aku letak jawatan sekali,” kata Zuriana, penolong kelas. Kenapalah aku...

Persekolahan pun bermula dan kami bergerak menuju ke makmal biologi. “Hai, apahal hang sume mai lambat! Kamu semua dah la 5 marikh, kelas pertama! Sepatutnya kamu semua tunjuk contoh yang baik sebagai kepada kawan dan adik-adik kamu sebagai  pelajar-pelajar yang terpilih masuk ke kelas pertama. Saya ada expectation yang tinggi untuk kamu semu... Saya kecewa. Siapa ketua kelas kamu?” tanya Cikgu Marina.

Budak-budak memandang aku. Alamak...

Kamu, Saifullah kan! Saya ada dengar daripada cikgu-cikgu di bilik guru yang kamu ni banyak wakil sekolah macam-macam. Kamu patut tunjuk contoh kat kawan-kawan suruh datang awal ke kelas, belajar. Ni kamu pun datang lambat!!” habis aku dimarah, macam kena penampar kat muka. Aku tunduk menatap meja, diam...


Maka begitulah hari-hari yang berlalu sepanjang tingkatan 5. Hubungan pelajar dengan Cikgu Marina bertambah keruh kerana kurang selesa dengan ketegasannya dalam mengajar, tapi kami tetap hadir ke kelasnya. Setiap kali peperiksaan, payah sekali untuk nak mendapat markah lulus, apakan lagi A. Aku paling kerap pun dapat B. HER MARKING SCHEME WAS REALLY STRICT...

HARI MUZAKARAH (report card day)...

“Cikgu Marina? Guru biologi Saifullah,kan?” tanya ibuku.
“Ya, saya. Puan, emak Saifullah? Sila duduk,” balas Cikgu Marina
“Sebenarnya, saya agak risau dengan keputusan Saifullah, tak dapat A akhir-akhir ini. Tak cantik ni. Bukannya apa, tapi sebab ini biologi, saya nak Saifullah jadi doktor. Saya bimbang. Camne Saifullah belajar dalam kelas?”
“Itulah, saya pun hairan dan risau dengan keputusan dia. Dia kuat juga berusaha, tapi masih ada masalah sikit dengan teknik menjawab,”
“Tapi dia tak dapat-dapat lagi A tahun ni, tak sedap hati saya. Cikgu rasa Saifullah boleh dapat A1 untuk SPM nanti?” mak aku tanya, straight to the point.
Berdebar habis aku. Tu yang aku kurang suka tentang Hari Muzakarah, mak aku akan cari guru yang ajar subjek-subjek yang aku kurang skor, pastu tanya tentang masalah aku. Tapi baru aku faham sekarang yang semua tu untuk kebaikan masa depan aku.
“Saya yakin Saifullah boleh dapat A1. Cuma dia kena perbaiki teknik dan usaha hebat lagi,” sambil merenung tepat, tajam ke mataku. Cikgu pun berani menaruhkan harapan ke atasku, takkan aku takde harapan untuk diri sendiri...

Semenjak itu, aku berusaha kuat dan tekad untuk nak skor semua subjek, lagi-lagi biologi. Kalau ada apa-apa yang aku kurang faham, aku akan tanya kawan-kawan. Tapi kalau diorang tak dapat nak bagi jawapan, aku akan fikir sendiri segala sebab yang logik dan rasional kenapa dan bagaimana sesuatu perkara terjadi. Aku cuba elakkan dairpada bertanya Cikgu Marina, sebab aku nak buktikan diri aku terhadap beliau.

Keputusan Percubaan Setara SBP, aku mendapat 6 A1 dan 5 A2, alhamdullillah...

Bahasa Arab tinggi (BAT) dan biologi, dua subjek yang aku paling lemah dan tak pernah dapat A sepanjang tingkatan 5, akhirnya dapat juga A2. Aku bersyukur.

“Kamu lepas cukup-cukup makan, boleh dikira sebagai markah kesian,” kata Cikgu Marina. Orang lain tentu jatuh semangat kalau mendengar beliau berkata begitu, tapi aku tahu, beliau sebenarnya mencabar aku untuk perhebat lagi usaha.

Bulan bersilih ganti, semester persekolahan sudah ditutup kecuali untuk pelajar SPM. Sewaktu study leave, pelajar-pelajar lelaki kelas kami berpakat untuk meminta maaf dari Cikgu Marina. Di dalam bilik guru, kami semua berusaha habis-habisan memujuk dan meminta maaf darinya, namun beliau memandang ke arah lain, TAKDE SATU RESPONS PUN...

“Saifullah, kamu kena usaha juga untuk minta maaf dengan Cikgu Marina. Semua cikgu tahu tentang kelas kamu dengan Cikgu Marina dan kami faham. Tapi kamu sebagai ketua kelas kena buat sesuatu,” aku teringatkan pesanan Puan natrah. Tapi apakan dayaku, ini cubaan kali ketiga selepas majlis High-Tea Form 5 dan Majlis Salam Wida’ SPM, namaun responsnya tetap sama. BERATNYA HATI INI menjawab SPM, Allah je tahu.

SPM pun selesai, temuduga UTP sudah ditempuh, gaji bulanan kerja sementara di MPH Sunway sudah pun masuk akaun bank untuk 2 bulan. Cepatnya masa berlalu. Bulan Mac, bulan yang paling digeruni oleh lepasan SPM kerana keluarnya keputusan. THE MOMENT OF TRUTH...

“Nawal, rmi x bdk kt skola? Cmne rslt skola? Rslt ak lak cmne? Cuak gle ak!! Otw lam kete wit fmly,” aku menghantar sms.
“dtg je dlu,” Nawal balas.
Cis, panjang-panjang aku sms, pendek tu je dia reply. Makin gabrah aku...

Setibanya aku ke bangunan sekolah, aku terus menuju ke kaunter kelas aku, nak mengelakkan perhatian kawan-kawan (aku prefer jadi low-profile). Cikgu Jamiati tersenyum je tengok aku. Dia keluarkan sampul yang mengandungi slip keputusan aku. Aku membelek, mata aku cepat membaca dari perkataan ke perkataan. Lemahnya kaki aku, kepala lututku terjatuh menyembah lantai. Alhamdulillah, tertunai juga harapan semua orang dengan keputusan ini, termasuk juga Cikgu Marina. Aku berjaya dapatkan juga A1 untuk biologi.

Takdir menentukan aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di Mesir (walaupun biologi dan bahasa arab merupakan dua subjek paling lemah bagiku di sekolah, huhu) dengan menyertai program persediaan MEP di INTEC bawah tajaan JPA, biarpun terdapat beberapa tawaran lain tiba. 3 bulan di INTEC bagaikan 3 hari aje, banyak perkara lagi yang tak sempat aku merasa, tengok-tengok tinggal 2-3 minggu sebelum fly. Masa tersebut aku habiskan dengan mengemas barang, belajar memasak, menunaikan hajat-hajat terakhir serta singgah kembali ke tempat-tempat yang banyak membawa kenangan dan membentuk peribadi ini, seperti INTEC... dan SMAPK...

“You were just a little boy when I first met you in debate when you were...form two, I suppose?” Madam Zuraidah rancak berborak denganku, British slang habis~
“Yup, time passes by pretty quick. You always wanted to teach me back then but even till form five, you never got the chance. Tak dapat teacher nak buat ‘indoor PLKN class’ dengan saya, haha,”
“Naha, no lah. You ni, pandai eh sekarang,” kami bergurau.
“Teacher, I was wondering about Cikgu Marina?”
“What about her?”
“Why did she go back to Pokok Sena? Why was her time in SMAPK just for two years?”
“She went back because her husband got an offer there. Plus, she felt like being close to her family,”
“I see. But, why does she walk ‘that way’? You know, especially when climbing up the stairs. I used to see it during assembly,”
“So you realized. The truth is... she had an ENDOMETRIAL CANCER. The doctors had to remove it. That’s why she couldn’t walk as normal as everyone else. Plus, she doesn’t talk about it with the students,”
“So that also explains why she never had any children... No wonder she was so strict with us, she cared her students in her own way. Cikgu Yanti once told me that Cikgu Marina also taught her when she was in Muadzam Shah. That must’ve been a long time ago. She’s really fortunate to have a loyal husband,
“She sure does. No one else would be able to face such burden in life, not being able to bear any child,”
An illustrated image of endometrial cancer



Endometrial cancer upon surgery.
 Who would not be sad knowing she/his wife could no longer conceive,
especially after seeing such thing.

“This makes me wonder about Miss Anita (not real name as well). She used to be among the best English teacher SMAPK had, learning in the States and all. Well of course, your British slang is rather unmatched in SMAPK, haha. But, why didn’t she marry?”
“Miss Anita had a similar story as well. The man of her dream had already proposed to her and they had made all the wedding arrangements from the guest list, menu, venue, hantaran, pelamin, baju pengantin and everything. But she had a secret she dare not tell anyone,
“What was it?”
“She couldn’t conceive (tak boleh mengandung),”
“Seriously?!”
“Days before her wedding, she braved herself to meet her fiancĂ©. She had to tell the truth. As much as it hurts her, she couldn’t afford to hurt her beloved, what more for the entire life. Yes, they were deeply in love with each other and they were indeed very sweet and romantic, but who wouldn’t want to have children when you’re married? Children are the fruits of joy, the continuity of happiness in any marital relationship. The truth is always hard to swallow. In the end, they cancelled all the arrangements and even donated some of them, even the baju pengantin. She was in great grief, people said she didn’t leave her room for a week and her house for a month. But she became stronger later,”
“I see. I’m sorry to hear that. She really is a strong person. We’re very lucky that we’re still healthy,”

Days before my voyage to Egypt, I made several calls to those whom I felt indebted to... including Cikgu Marina...

“Assalamualaikum, Cikgu Marina?”
“Ya, saya. Siapa ni?”
“Saifullah ni,”
“Aah, Saifullah! Apa khabar? Camne keputusan SPM haritu?”
“Alhamdulillah, baik. Dapat straight, termasuk biololgi,”
“Tahniah, Saifullah. Jadi kamu belajar kat mana sekarang?”
“Kat INTEC. Esok dah nak fly sambung belajar kat Mesir,”
“Wah, cepatnya kamu dah nak fly. Belajar kursus apa?”
“Medic,”
“Saya dah agak dah,”
“Maksud cikgu? Camne cikgu tahu?”
“Walaupun kamu banyak masuk pertandingan kuiz dan rekacipta, tapi saya dah lebih 20 tahun mengajar, jadi saya tahu jenis-jenis pelajar saya,”
“Wah, lama betul. Cikgu, saya ada dengar daripada cikgu-cikgu lain tentang sakit cikgu. ‘Sihat’, cikgu?”
“Alhamdulillah, sihat. Tapi masih kena pergi ke hospital untuk ambil ubat dan sambung medication,”
“Ooh. Hm, waktu kanser dulu, cikgu ada kena ambil chemotherapy atau radiotherapy?
“Hm, dulu lepas diagnose, doctor suruh buat surgery terus, buang kanser tu. Pastu kena sambung dengan chemo... Kamu faham-faham lah chemo, sakit gak tapi kena buat juga pasal nak bunuh sel-sel kanser yang tinggal. Lepas da lama, saya minta doctor untuk buat radiotherapy je, doctor pun kasi, tapi kena ambil juga ubat yang doctor prescribe. Kali ni makan ubat je, dah habis buat radiotherapy,”
“Cikgu... Minta maaf pasal dulu-dulu. Lagi-lagi lepas dengar cerita cikgu,
“Dah la, takyah cakap pasal benda yang lepas. Saifullah, saya selalu ada harapan untuk pelajar-pelajar saya yang nak sambung belajar medic. Harapan saya, tolong cari UBAT UNTUK KANSER. Sampai sekarang, THERE’S NO ABSOLUTE CURE FOR CANCER. Treatment yang ada pun banyak kesan sampingan. Kamu yang akan belajar di Mesir, mungkin kamu boleh cari rawatan kanser dari sudut perubatan Islam, insyaAllah...

Alhamdulillah, jarum yang patah dibuang dari peti. Tak bisa bagiku untuk menaruh harapan yang tinggi bagiku,, lagi-lagi ubat untuk kanser.


“The whole world is try to find a cure for cancer,” seorang doctor pathology pernah berkata. Sesiapa yang berjaya membuat penemuan ni, pasti dia akan dianugerahkan dengan Hadiah Nobel. Tapi sumbangan untuk manusia sejagat, Allah je boleh balas. Harapan besar sebegini pula yang Cikgu Marina letakkan atas bahuku. Mampukah aku?...

In memory of Cikgu Marina (yellow scarf, centre)
Photo taken during SMAPK Teachers' Day celebration

........................................................................................................

(Kembali ke HKL)

“KANSER! Kat MEDIASTINUM!” aku terjerit dalam monolog dalamanku.

*Fakta Medik - Mediastinum merupakan kawasan di antara kedua paru-paru dan terdiri daripada trachea, bronchi, lymphatic networks, SVC, IVC, aorta dan yang paling penting, JANTUNG. Tumor (jenis teratoma) di mediastinum (rare for its site and type) biasanya benign, tetapi jika bertukar malignant, mudah bagi sel-sel kanser merebak (metastasis) kerana berdekatan dengan salur-salur darah utama yang menyalurkan darah ke seluruh badan. Organ-organ lain yang biasanya dijangkiti sel kanser termasuk paru-paru, hati, buah pinggang dan tulang (lung/ liver/kidney/bone metastasis).
Mediastinum di antara kedua paru-paru.

CT scan menunjukkan tumor yang membesar di mediastinum



Waktu kecil dulu, dia selalu tak dapat main dengan adik dan kawan-kawan dia walaupun dia betul-betul minat bola. Selalu sakit dada, batuk teruk atau muntah darah, jadi kena duduk rumah. Bila jumpa doctor, kata ada tumor, kena operate. Tahun 2008 ketika dia perlu ambil UPSR pula kena buat surgery (thoracotomy aka open heart surgery) dah habis semua surgery, chemo dengan radio, tahu-tahu kanser dah sampai ke tempat-tempat lain, termasuk tulang (osteosarcoma due to bone metastasis). Doktor kat Kangar pun kata pakar tulang hanya ada kat KB dan KL. Jadi kami pun datang ke KL pasal ada saudara  kat sini,” kata mak pesakit.


Bertuahnya kita masih dapat bermain, berpeluh dan bersukan.
Bagaimana kalau nikmat kesihatan ini ditarik??


A thoracotomy procedure.


“Kesian dia, dah tak larat dah dengan semua rawatan ni macam chemo dengan radio, badan dia dah lemah sangat. Doctor rasa berapa lama lagi masa tinggal untuk anak kami agaknya? Rasa-rasa ada tak lagi cara lain nak berubat?” ayahnya menambah. Kedua-dua ibu bapa tersebut, dengan nada serba pasrah, sedang mencuba segala yang termampu untuk nak selamatkan anak sulung mereka yang baru mencecah umur 14 tahun itu.

“Mediastinal germ cell anak encik dah sampai STAGE 4 (stage 5 paling tinggi, CONFIRM MATI). Kami dah tak boleh nak ubat punca kanser tu sebab dah merebak. Kami nasihatkan supaya tak cuba pergi berubat cara lain pasal tak tahu side effects perubatan tu nanti. Jadi, kami hanya boleh memberi PALLIATIVE TREATMENT. Kalau dia batuk, demam, sakit dada atau muntah, kami beri ubat untuk merawat symptom sahaja, sebab punca kanser sudah tak boleh dirawat. Doctor pakar kata nanti boleh balik rumah dalam 2 hari lagi, makan ubat kat rumah, lagi selesa untuk anak encik dan senang nak jaga. Prognosis kami; paling kejap, 6 bulan. Paling lama...setahun lagi tinggal,” Dr. Eyrique jawab.

SETAHUN JE TINGGAL!!!

Ibu bapa tu senyap je. Mata dah basah, cuba tahan perasaan. Aku yang baru hari ketiga datang nak belajar kat hospital, terketar bagai nak rak dengar berita camni. Emosi aku belum bersedia untuk menerima khabar sebegini.

“Terima kasih, doctor. Sayang, tolong temankan anak kejap. Abang nak pergi beli makanan untuk dia jap,” suaminya meminta. Sehebat-hebat ego lelaki, akan jatuh rebah juga kalau mendapat khabar sedih tentang ahli keluarga yang tersayang. Inikan pula anak sulung, anak pertama hasil pernikahan, saksi kepada pembinaan mahligai rumahtangga. Kalau aku jadi ayah tu, aku mungkin buat benda sama, tapi menyorok kejap kat bilik atau tandas, menyendiri... Biar Allah je tahu betapa berkecamuknya hati ini...

“Pesakit kanser dan ahli keluarganya selalunya desperate. Diorang akan tanya macam-macam n sanggup search kat internet cara n ubat-ubat baru untuk nak sembuhkan kanser, sedangkan semuanya masih belum approve, peringkat trial lagi,” jelas seniorku, Faizal Nor Azmi yang biasa menjawab persoalan-persoalan  berkaitan kesihatan di cyberclinics.org, termasuk pesakit kanser.

Bapa tersebut meninggalkan wad pergi membeli makanan. Pesakit tersebut pula akan dibawa ke bilik x-ray untuk mendapatkan x-ray terkini keadaan osteosarcoma yang dihidapinya. Beliau memandang emaknya yang sedang mengiringinya di tepi katil, tangannya bergerak memegang katil, cuba mencapai tangan emaknya... Pilu betul... Lalu mereka hilang dari pandanganku. Aku terpaksa pergi ke bilik loker staf, tak tertahan aku menerimanya...

Setahun lagi tinggal, kalau bernasib baik. Banyak benda dalam hidup ni yang tak sempat dia merasa, seperti memasuki alam universiti, bekerja, bercinta, berkahwin, membina rumahtangga, menimang cahaya mata dan cucu, melihat mereka membesar... All those future ppossibilities, yet ALL THAT IS LEFT IS ONE YEAR. Camne perasaan kalau kawan rapat kita akan meninggalkan kita dulu untuk selama-lamanya? Apakan lagi perasaan ibu bapanya... Semuanya hanya akan tinggal sebagai kenangan...

Andainya kita punya masa setahun lagi, bagaimanakah kita akan mengisi masa tersebut?
Merantau mengelilingi dunia?
Mencuba segala perkara yang diidamkan sejak dari kecil?
Membaca novel dan buku-buku kegemaran?
Menghabiskan masa dengan keluarga dan orang-orang yang tersayang?
Atau...
Menyiapkan diri untuk bertemu denganNya?...

Sambil aku melangkah keluar hospital menuju stesen LRT Chow Kit, peristiwa tadi bermain-main di fikiranku. Perualan dan pesanan Cikgu Marina turut menyinggah, menambah lagi kepada bebanan emosiku. Aku cuba menenangkan diri dengan memasang lagu daripada iPod secara shuffle, mengelakkan tekanan daripada bunyi bising jalan raya. Ya Allah, kenapa lagu ni...

As we go on
We remember
All the times we
Had together
As our lives change
Comes whatever
We will still be
Friends forever...
(Friends Forever - Vitamin C)

Kenapalah aku tak bawa tisu... Sebaknya hati ini, Allah je tahu...

*This post is inspired by a book i was truly touched.