Pages

16 October 2010

Merdeka Night ‘CUT SHORT’

3.9.10, hari terakhir untuk elective posting kat HKL, tetiba terasa nak singgah ke wad,nak tengok HO2 present cases depan MO & specialist. Kaki ni pun jejak masuk ke wad ortopedik, n Dr Eyrique, Dr Sankari, Dr Juani n Dr Farah yang tengah sibuk mengemaskini fail2 kesihatan pesakit2 wad, tersenyum je nampak aku masuk.

“Hey, Egypt Boy!” panggil Eyrique n yang lain2 hanya tersengih. Aku terima je r. Diorang study kat Ireland, Russia, Ukraine n India, so aku yang study kat Egypt pun dapat nama tu...

Ada beberapa pesakit yang masih belum kena discharge lagi pasal masih belum puliih atau belum mampu  survive sendiri. Tapi yang leganya, sedar tak sedar, kebanyakan DFU (diabetic foot ulcer) patients da xde, da kena discharge. Kaki diabetic patients berbau busuk, orang biasa memang tak tahan bau tu, kita yang medical staffs lagi2 nurses selalu kena tengok n jaga diorang, buat dressing tiap2 kali HO/MO/specialist request.  Tapi tu kerja diorang, n diorang kerja dengan penuh kesabaran n profesionalisme, jadi kita jangan disrespect diorang. They deserve the respect for their hardwork, just like any other professions.

Yang menariknya pagi tu, dalam perjalanan nak sampai ke wad 1 (paling hujung), ada ternampak satu kumpulan kat wad lain yang pakai kad nama oren untuk ‘SUKARELAWAN’. Ingatkan ada event apa2 nanti, jadi bila Tanya kat HO kat wad, diorang tak tahu apa2.

Lebih kurang setengah jam selepas habis diorang clerking (mengemaskini fail kesihatan pesakit), sampai pulak kumpulan ‘SUKARELAWAN’ tadi. Rupa-rupanya diorang dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), datang kasi paket berbuka puasa kat semua pesakit. Sister (Head nurse kat ward atau OT) & nurses iring teteamu ni, tapi yang HO kena terus sambung kerja. (Nurses yang sebenarnya in-charge of a ward / operation  room pasal diorang yang kena assign kat situ, doctors hanya singgah buat duty ikut roaster, nanti kena pindah ke tempat lain pulak.)

“Oo, group ni ke yang you tanya tadi? You minat awek tudung tu eh?” Eyrique saja acah... Please, tengah puasa kot, not the right time lah...

Selepas kumpulan dari ABIM dah pergi, Dr. Azzam (pakar ortho) datang buat rounding untuk patients dia. Aku bertambah semangat pasal dia pernah bawa aku pusing tengok semua pesakit bawah jagaannya kat semua wad, n dia sangat sporting. Ada lah tengok beberapa DFU patients, fracture, n yang pesakit2 post-surgical.

Pastu, sampai la kat sorang budak lelaki ni. “Camne malam Merdeka? Tangan OK?” Dr. Azzam memulakan perbualan. Mak dia ada kat tepi, teman n jaga dia. Budak tu masih bawah umur, jadi kena ada pengawasan penjaga. “Malam Merdeka? Jadi apa pulak ni? Tak perasan pun pesaki t ni semalam,” bentak suara hatiku.

“OK la, tak sakit sangat tapi takleh gerak lagi sangat,” jawab pesakit tu.
“Nurse, tolong buka jap dressing ni, nak tengok camne tangan dia,” minta Dr. Azzam.
Slow2, nurse cuba buka dressing kat tangan dia, budak tu mendesis n merengek ciba menahan sakit.
“Adeh, adeh, ouch,”
“Sabar dik, lelaki kena tahan sakit lagi2 depan perempuan. Malu sikit kat akak nurse ni,” pandai pula doktor pancing pesakit ni.

Habis buka dressing, tengok2... PUTUS jari telunjuk n ada beberapa luka luaran lain kat tangan. Camne pulak boleh putus jari budak ni waktu malam merdeka? Doctor pun tengok kedua-dua tangan pesakit, pastu tengok pula kat kepala pesakit. Ada 2 l/w ( luka luaran) yang dah stabil n dijahit. Something serious really did happened that night.

“Hmm, luka2 ni da OK, bersih. Continue the medication as prescribed n discharge patient today,”

“Dik, dah boleh bali rumah harini. Nanti ambil n makan ubat yang akak ni kasi. Exercise slow2 tangan n jari, jadi nanti tak jadi keras, takut takleh nak gerak pulak. N duduk rumah jaga mak, jangan keluar rumah merayau, kesian mak,” nasihat Dr. Azzam.

“OK, terima kasih doctor. Tapi boleh tak minta cuti sakit? Takut jadi apa2 kat sekolah,” minta emaknya.

“Boleh. Nurse, tolong kasi dia MC (medical certificate = surat cuti sakit), 2 bulan,” arah doctor. 2 BULAN... Memang camnilah MC untuk ortho dept. Kalau dislocate sikit, dapatlah 1-2 minggu cuti. Kalau ada fracture, pakai P.O.P. (plaster), wheelchair atau crutch (tongkat jalan), dapat pula 2-4 bulan, tengok setakat mana seriousness of the situation is. Tu belum termasuk lagi ‘surat kerja ringan’.

Dr. Azzam pun pergi tengok pesakit lain sampia habis semua pesakit dia kat wad 1, pastu dia sambung ke wad lain. Aku pun kembali kepada pesakit remaja tadi, berminat dengan kes dia... (who doesn’t love gossips, tapi aku jaga lagi professional ethics gak)

“Assalamualaikum, dik. Sebenarnya, camne kena ni?” aku mula berborak sambil membelek2 fail kesihatan dia. Dengan remaja, memang kena pakai bahasa & gaya diorang, baru pesakit rasa senang n syok nak kongsi cerita hangat diorang. Sama juga dengan orang tua, orang dewasa n kanak-kanak. 

“Malam tu saja je keluar dengan member, diorang ajak nak celebrate sikit Malam Merdeka. Kitorang dalam 4-5 orang tengah jalan2, pastu tetiba entah dari lorong mana keluar geng dalam 10 orang, semua bawa parang macam geng kapak dalam Kungfu Hustle. Tak pasal2 diorang lari kejar kitorang, hayun parang macam nak perang. Kitorang pun, LARI habis r, tak ingat dunia macam nak kiamat lak lari, tapi diorang kejar laju tul2 serius nak serang kitorang. SLACK pulak TERJATUH, terlanggar batu tepi jalan tengah2 malam buta. Ada sorang tu dah dapat kejar saya, dia pun TETAK saya, mujur saya sempat angkat tangan nak HALANG sikit. Tu yang PUTUS jari n ada luka2 sikit kat tangan n kat kepala pun kena tempias sikit. Member sorang lagi terjatuh gak, kena luka dahsyat2 gak. Yang lain sempat cabut lari selamat. Sakit2 tu, saya cepat lari ke rumah, mak pun risau terus hantar ke hospital & buat report polis terus,” habis panjang lebar budak ni ceritakan.

“Jadi, apa citer budak2 gengster tu? Tak kena tangkap atau masuk penjara terus?” aku tanya, bengang.

“Dah kena tangkap masuk LOKAP dah. Tapi ada lagi sikit yang masih belum dapat jumpa. Diorang tu, patut kena potong tangan tak pun saya pukul diorang baru puas hati. Suka2 je nak hayun parang kat orang, ingat ni movie hidustan atau RESIDENT EVIL ke?” luah budak tu.

Aku pun frust gak... cuak gak kalau tul2 jadi kat aku. Walaupun aku pernah pegang tali pinggang hitam taek-won-do, itu pun sparring 1-on-1 pakai protective pad, belum lagi lawan orang bersenjata tajam, 10 orang lagi tu. Aku bukannya Ip-Man tak pun Jackie Chan atau Bruce Lee (of course bukan Sammo Hung, aku kurus...normal je kot). 2 tahun dapat pingat gangsa peringkat daerah waktu sekolah dulu bukannya dapat jamin apa2 keselamatan langsung pun, mujur masih baca ma’thurat lagi tiap2 hari, rasa selamat n tenang sikit hati tiap hari. (Masuk SMAP baru kenal ma’thurat, Alhamdulillah. Berjaya gak lah tarbiah ni untuk aku, harap2 orang lain amal n hayati gak)

Ip Man against the 10 karate black belt holders in the first movie


Al-Ma'thurat amalan harian selepas subuh n asar...


“Tu la doktor, budak2 zaman sekarang ni suka keluar malam2. Pastu buat geng, vandalisme n macam2 lagi. Risau mak cik tengok anak mak cik. Dah la anak sulung, camne lah dia nak jawab PMR dengan tangan kanan dia macam ni. Boleh ke dapat surat nak tangguhkan PMR untuk anak mak cik ni doctor? Paling tak pun, sampai tangan dia sembuh,” luah mak pesakit tu, jelas terpancar kerisauan dair suara dan raut wajahnya.

PMR... Teringat kat adik terakhir aku yang ambil exam tu juga tahun ni, tak sanggup aku kalau jadi apa2 benda buruk kat dia walaupun dia suka kacau n pinjam novel2 aku. Kesian juga budak ni, 15 tahun dah putus jari bila nak dekat exam. (Teringat jugak aku time SPM dulu... Biarlah kenangan.)

Aku pun tanya HO dan MO yang datang singgah. Medical students tak boleh buat apa2 decision kat hospital, prescribe ubat, sentuh pesakit, clerking, ambil patient’s history atau tolong dalam OT sebab belum grad lagi, jadi belum diiktiraf dan belum dikira layak untuk merawat pesakit. PLUS, it’s a matter of MEDICOLEGAL issues, medical ethics and most importantly, a matter of LIFE & DEATH.

“Mak cik, kami tak boleh buat apa2 surat untuk minta tunda exam tu. Kami hanya boleh beri surat cuti sakit dan surat kerja ringan, tapi anak mak cik tengah belajar. PMR tu, kena minta dan bincang dengan pejabat sekolah. Itu bukan bidang kuasa atau urusan doctor. Klaau tangan dah OK, boleh jawab terus PMR tahun ni, kalau tak, terpaksa lah ambil tahun depan. Harap2 tangan anak mak cik cepat sembuh,” aku jelaskan. Diplomatik juga aku, tak sangka~

“Dik, nak tengok sikit luka kat tangan dan kepala. Kalau tak kisah, nak ambil gambar sikit,” aku minta.
Bila tengok dekat2, ni diagnosis dia:
-l/w at      - left parietal region
                - right temporal region behind ear pinna
                - left hand (prox. 1st phalanx n distal 2nd phalanx)
                - deep l/w at dorsal aspect of wrist
- amputated 2nd distal phalanx of right hand (hujung jari telunjuk kanan)

the amputated 2nd distal phalanx n the other l/w 
*picture upon patient's consent


l/w at the parietal region
*picture upon patient's consent

*ni basic je untuk anatomy 1st n 2nd year, medical students jangan tak tahu pulak.

Takde LOC (loss of consciousness) or ENT (ear, nose & throat) bleeding jadi waktu dia masuk hospital haritu, stabil. (Baik korang belajar n kenal terus abbreviations yang digunakan kat hospital Malaysia, pasal nak clerking banyak patients, kang diorang kata korang lambat bekerja.)

“Dik, walaupun putus jari nasib baik adik sempat tahan parang tu sikit. Kalau tak, boleh mati pasal kena attack terus ke otak, tak pun pasal banyak keluar (cerebral haemorrhage), otak tak dapat cukup darah. Kalau hidup pun, tapi tempat kena serang tu dalam sikit, nanti sebelah badan tak boleh nak gerak langsung (PARALYSIS) sebab terkena kawasan otak yang kawal pergerakan badan (Main Sensory Area 1,2,3, Motor Area 4 & Premotor Area 6... neuroanatomy 2nd year). Balik nanti banyakkan sembahyang terawih, baca Quran & bangun qiam, tenang hati nanti lagi2 waktu bulan Ramadan ni, bersih diri untuk exam gak,” aku nasihat... Tak payah jadi PRS (pembimbing rakan sebaya) pun untuk nak tegur orang, just common sense.

“Terima kasih doctor,”
“Takpe, terima kasih dik, mak cik,” aku membalas, benar2 memaksudkannya sebab kongsi cerita.
“Saya pergi dulu nak tengok pesakit lain. Good luck dengan PMR nanti,” lalu aku meminta diri...




Parang n Malam Merdeka... memang real-life drama, rasa cam pernah alami ajer... Well, I’m a 'living sword', so don’t dare me (if you know what I mean~).


....................................................................................................................................................................


This is a personal blog. Posts published of real life stories will use created names (unless stated otherwise) to protect the identities of those related, and prevent any legal disputes. Enjoy reading, enrich your mind and broaden your perception...